Rabu, 23 Disember 2015

Kimchi Stew @ Kimchi jjigae

Senang rupanya nak buat kimchi stew @ kimchi-jjigae .  Yang penting mesti ada kimchi. Nak lagi sedap campur daging, tofu, dan cendawa enoki. klu nak letak cendawa yang pun bole .. terpulang pada selera.  hmmm kimchi pun ada lagi kat dalam fridge so apa lagi jom kita buat kimchi !!


Bahan2nya: 
Hidangan untuk 4 pax


Daging segar                           1/2 kg (dihiris nipis)
Bawang holand                       1/2biji
Kimchi                                    2 cwn
Minyak masak                        3 sudu
Gochugaru                              2 sudu
Sos ikan                                 3 sudu
Minyak bijan                          3 sudu

Cendawan Enoki                    1 pack
Tofu                                       1 pack
(di potong 6)
Daun bawang                         1 tangkai

Air                                         2 cwn
Gochujang**jika perlu           1 sudu
Telor * jika perlu                    1 pack

Kuib pati daging*jika perlu   1 kuib
Garam & gula *jika perlu




 Cara2nya: 
  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang. 

  2. Masuk hirisan daging dan tutup tudung periuk tunggu hingga empuk.

  3. Masukkan kimchi, Gochugaru, gochujang, kuib pati daging, sos ikan, minyak bijan dan air. Tutup tudung periuk hingga mesra. 
  4. Masukan cendawan enoki, tofu, daun bayang dan sedikit garam & perasa *jika perlu
  5. Hidangkan ... selamat mencuba!!



Ahad, 20 Disember 2015

Kangkong Belacan

Hari nie teringin laa pulak nak buat kangkung belacan ala2 korean style... bezanya mereka hanya mencelur atau merebus saja sayuran dan mengaulkan saja bahan2 seperti gochugaru, minyak bijan, sos ikan dan sedikit gula. Tapi saya nak tapi sys nak tambahkan sedikit taste melayu.. iaitu belacan. Dah namanya kita Melayu!! Melayu dan Belacan berpisah tiada!! betul tak? Jom kita buat kangkung belacan korean style..


Bahan Bahannya....


Bahan A
Kangkung                        1 ikat
Minyak Masak                2 sudu
Bawang merah & putih     1/2 biji

Bahan B
Sos Ikan                          1 sudu
Sos tiram                         1 sudu
minyak bijan                    1 sudu
Gochugaru                      1 Sudu
Belacan                           sedikit ** terpulang




Cara2nya
  1. Campurkan bahan B dalam satu bekas. Gaul hingga mesra.
  2. Bersihkan kangkung
  3. Hiris bawang merah & putih
  4. Panaskan kuali, masukan minyak masak
  5. Tumiskan bawang 
  6. Masukan kangkung 
  7. Masukan bahan2 B dan gaulkan seketika hingga mesra
  8. Keluarkan dan hidang













Khamis, 10 Disember 2015

Bulgogi


Bulgogi merupakan antara menu favourite en.somi. Daging yang dihiris nipis dan diperap dengan buah pear segar.! hmm bak kata en.somi cicak jatuh kat tepi pun tak nampak.. hehehehe

 Bahan2:               
               
Hidangan 4 -5 pax               
Bahan2nya:     
          

  1. Daging dipotong Nipis      ~ 1/2kg           
  2. Minyak masak                    ~ 2tbsp         
  3. Buah Pear                          ~ 1/2 biji               
  4. Bawang Holand                 ~1biji               
  5. Bawang putih                     ~ 3 ulas                
  6. Halia                                   ~ saiz ibu jari                
  7. Kicap Cair                         ~ 2tbsp                
  8. Minyak bijan                      ~1tbsp              
  9. Lada Hitam                       ~1tsp             
  10. Gula perang                      ~2tbsp               
  11. Bawang Holand                ~1/2 biji dihiris
  12. Bijan goreng                     ~1tbsp              
  13. Carrot dihiris                     ~1btg             
  14. Cendawan enoki              ~1pack               
  15. Daun Bawang                   ~1tangkai    
Cara2nya:               
               

  1. Bersihkan daging dan hiris nipis2.
  2. Kisar buah pear, bawang holand 1/2 biji, bayang putih, halia, lada hitam,minyak bijan, kicap cair dan gula perang hingga lumat.            
  3. Perap daging dengan bahan2 yang dikisar semalaman               
  4. Bawang Holand 1/2 biji dihiris dan ditumis dengan minyak                
  5. Masukan daging yang diperap * tutup tudung periuk sehingga daging empuk               
  6. Masukan hirisan carrot dan cendawan                
  7. Taburkan bijan goreng dan hidangkan dengan hirisan daun bawang...
    BULGOGI
     

Rabu, 25 November 2015

Kimchi Fried Rice

Dulu masa akak jual kimchi.. ada lahhhh  student dari kolej di Cyberjaya beli 3btl kimchi. Sanggup datang ke Hospital Serdang. Masa tu, akak x dapat deliver sbb on duty. Bila nampak adik nie bersungguh2 .. akak pun tanya dia nape beli sekali banyak... biasa customer beli satu jer then baru mereka repeat order. Katanya dia dan keluarga memang suka kimchi nie. Biasanya kami buat nasi goreng. Nasi Goreng!!! 

Sedap ke?? Sedap kak!! Katanya. Bila makan ke Restauran  Korean memang nampak ada menu Kimchi Fried Rice tp x pernah order. Hanya anggap menu biasa jer!! 

Jadi apa lagi akak balik jer keje terus buat... nasi goreng!!  Perhhhh hasilnya punya la sedap.. rasa macam ada isi kerang pada hal hanya kimchi dan telor saya.


Kimchi yg telah diperap lebih 3-6 minggu
Bahan-bahanya:
  1. Nasi putih
  2. Kimchi (yg telah diperap lebih 3-6 minggu)
  3. Bawang besar
  4. Gochugaru
  5. Minyak bijan
  6. Garam



Cara-caranya: 

  1. Hiris bawang & kimchi.
  2. Tumis dengan sedikit minyak. 
  3. Masukan nasi dan gaulkan hingga mesra.
  4. Masukan serbuk cili @Gochugaru ~ gaulkan hingga mesra
  5. Pecahkan telor dan gaulkan 
  6. Masukan garam & minyak bijan ~ gaulkan  
  7. Hidangkan dengan telor mata dan bilis goreng bawang.

Jumaat, 20 November 2015

Kimchi

Atas permintaan ramai .. akak akan tunjuk cara2 buat kimchi dengan lebih details lagi....  Alhamdulillah.. sekarang nie Gochugaru mula dapat sambuatan dan order tak putus2... Terima Kasih banyak2 pada semua!! yang memberi sokongan..

Rupanya ramai jugak yang pandai buat kimchi.. siap jual lagi!! Alhamdulillah... dah ramai kalangan kita pandai berniaga.

 
Ok kita berbalik pada kimchi... nak buat kimchi nie bukannya susah!  senang dan mudah jer. Cuma perlu sabar dengan proses pemerapan.. sebab itu masyarakat korea akan buat kimchi sekali banyak..  So apa lagi.. buat banyak2 .. alang2 bole jual dan makan sekali betul tak?  

Bahan-bahan asas perlu ada tuk buat kimchi ialah... 

 

1.  Kobis cina ~ 2biji 
2.  Lobak putih ~ 1biji
3.  Daun bawang ~ 5batang
4.  Bawang holand  ~ 2biji
5.  Bawang putih ~ 1buku
6.  Halia ~ saiz ibu jari
7.  Cencaluk ~1cawan
8.  Sos ikan ~ 1 sudu kecil
9.  Garam ~ 1 cawan
10.Gula ~ 1 sudu

Cara2nya...




  1.   Kobis cina  ~ Dibersihkan, dipotong dadu, ditabur  garam dan direndam dgn air.                  *anggaran 1~4 jam terpulang..  


  2.   Lobak putih, daun bawang & bawang holand dipotong ikut saiz batang mancis

  3.   Bawang besar, bawang putih, halia, cencaluk, sos ikan ~ dikisar
  4.   Selepas 1~4 jam .. Basuh kobis bersih2 dan tapis hingga bersih.

  5.   Guna Bekas bersih... masukan :
  1. Kobis cina 
  2. Bahan2 yg dikisar 
  3. Gochugaru
  4. Gula


 6.  Gaulkan hingga mesra dan cuba rasa klu nak ....

      **   - pedas tambah gochugaru
      **   - klu kurang garam tambah sos ikan


7.   Masukan lobak , daun bawang dan bawang holand. Gaul sekali lagi.



8.   Pindahkan pada bekas yang lebih kecil.Jangan isi penuh2 hanya 2/3 bekas.  Tutup bekas rapat- rapat dan perap selama 1 hari @ 24jam.


9.   Lepas 24 jam...  simpan dlm fridge selama  6jam 





10. Barulah boleh dimakan.. 



Selamat Mencuba!!




Rabu, 7 Oktober 2015

Gochugaru vs Chili Boh

Ramai yang keliru... apa sebenarnya Gochugaru nie?Dan apa bezanya dengan cili boh dan serbuk cili?  Ok laaa kat sini akak akan jelaskan serba sedikit tentang gochugaru dan perbezaannya dengan cili boh. 

Gochugaru  merupakan perkataan didalam bahasa Korea membawa maksud serbuk cili. Proses penghasilan serbuk cili @ gochugaru ialah cili yang ditanam dituai dah dijemu dibawah cahaya matahari utk sekian lama.  Kemudian dibuang biji akhir sekali dikisar menjadi empingan cili. 

Mana kala cili boh.. cili kering yg dibuang biji, diproses dengan bahan pengawet menjadi paste cili yg boleh tahan lama tetapi punya rasa yg agak masam. 

Serbuk cili pula cili kering yang diproses tanpa membuang biji dan dicampur dengan tepung bagi mengurangkan tahap kepedasannya. 

Bagi cili kering .. kita perlu melakukan beberapa proses seperti membuang biji, merendam, meramas dan akhir sekali kisar bagi mendapat paste cili yang asli. 

Apa yang pasti cili boh dan serbuk cili perlu dimasak hingga pecah minyak sebelum membuat sambal. Ia mengambil masa yang lama. Tapi tidak gochugaru.. Gochugaru tidak perlu mangambil masa yang lama  cukup sekadar tabur dan hidang. Yang penting tiada bahan pengawet dan tidak perlu mengambil masa yang lama.  

Isnin, 5 Oktober 2015

Yangnyeom-tongdak

CRUNCHY FRIED CHICKEN @ AYAM GORENG RANGGUP ALA KOREA
양념통닭 yangnyeom-tongdak


Recepi : 

Bahan2nya:
Ayam dipotong kecil
Minyak masak
Tepung jagung
Garam n perasa
Halia saiz ibu jari ditumbuk lumat
Bawang putih 3 ulas dicincang
Minyak bijan
Gochujang
Sos cili* jika perlu
Cuka
Gula perang
Bijan goreng


Cara2nya:
  1. Bersihkan ayam
  2. Perap ayam dengan halia, lada sula, minyak bijan
  3. Salut ayam dengan tepung jagung. Goreng dgn api pelahan.
  4. Digoreng buat kali kedua dengan minyak yang panas. Angkat dan tapis minyak.
  5. Panaskan kuali letak sedikit minyak.
  6. Tumis bawang putih.
  7. Masukkan gochugaru 1-2 sudu gaulkan.
  8. Masukkan cili sos* dan sedikit air.
  9. Masukkan 2 sudu gula perang gaulkan hingga pekat.
  10. Masukkan ayam dan gaul hingga mesra.
  11. Tabur bijan dan hidangkan..
AYAM GORENG RANGGUP ALA KOREA

Ahad, 4 Oktober 2015

Yukgaejang

Atas permintaan seorang peminat Running Man .. dia nak akak masak korean food tuk dia. Bila ditanya nak makan apa  daging, seafood, ayam ke...?? Jawapannya "apa2 la kak.. pernah ko makan aku tak makan"   hahaha ... ok laa!! Kita masa Yukgaejang atau Sup pedas daging

Nak borak panjang punya pasal so.. kena masak cepat2.. sampai lupa nak snap gambar.. 

Bahan2nya:
1. Daging 
2. Kombu
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Bebola daging
6. Lobak putih
7. Lobak merah
8. Kobis cina
9. Gochugaru
10. Daun bawang
11. Sos ikan
12. Minyak bijan
13. Garam n perasa
14. Tofu

Cara2nya:
1. Masukkan daging, kombu, bawang merah dan lobak putih dalam periuk berisi air dan rebus hingga daging empuk. **keluarkan buih yg timbul dipermukaan air rebusan.
2. Tapis air tuk dibuat stock daging.
3. Hiris daging nipis2.
4. Panaskan periuk letak sedikit minyak masak tumis bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan stock daging.
6. Masukkan gochugaru, hirisan daging, lobak merah, putih.
7. Masukkan 6 sudu sos ikan, 6 titik minyak bijan.
8. Masukkan garam n perasa.
9. Masukan hirisan daun bawang dan tofu... hidangkan.. 

Rabu, 30 September 2015

Ikan keli goreng cili @ Gochugaru

Tah laa ari nie tak tahu nak masak apa... ikut selera suami orang sarawak nie cukup sekadar ikan goreng dan sup...  tapi kita orang melaka tak sah makan klu tak de sambal... asam pedas ke!! Makanlah 3 pingan tak kenyang2.. rupanya tak pedas!! 
Kadang tu bila nak masak sambal leceh pulak... mana taknya nak potong cili kering buang biji, nak rendam, nak ramas, nak kisar, akhir sekali nak tumis mesti tunggu sampai pecah minyak ... erti kata lain sambal mesti betul2 masak...  klu tak .... sakit perut nanti. Kita nie bukan isteri sepenuh masa... ehh mcm tajuk drama pulak hahaha.. segala2 perlu cepat. Biasanya paling cepat beli lauk luar laaa hehehe. Habis cite.. tapi biasanya awal2 bulan sbb laki bini poket kembung lagi.. cuba masuk tengah bulan... semuanya kena jimat!!
Tetapi dengan adanya serduk cili @ Gochugaru nie... segalanya jadi lebih mudah.  Segala2 cepat n jimat!  Tak percaya jom cuba!!
Ok kita cuma recepi paling sempo n cepat.. Ikan keli Goreng cili..
Bahan2nya..
1. Ikan Keli 2 ekor
2. Bawang Besar 1 biji
3. Air limau nipis.
4. Garam n perasa
5. Gochugara 1-2 sudu
6. Minyak masak
7. Serbuk kunyit 1 sudu kecil



Cara2nya:.
1. Potong ikan keli kecil2 gaulkan sedikit garam n serbuk kunyit dan goreng hingga garing.
2. Keluarkan minyak sedikit.. tumis bawang hingga wangi.
3. Masukkan ikan keli yg digoreng tadi.
4. Taburkan serbuk cili @ gochugaru 1-2 sudu *terpulang. Dan gaulkan hingga mesra.
5. Masukkan garam n perasa dan air limau. Hidangkan.
Senangkan... !!!!

Isnin, 14 September 2015

Mee Goreng Mamak..

      Hari2 minggu macam nie.. teringin pulak nak makan Mee Goreng Mamak.. dgn taugeh bederap! Taugeh bederap!! Apa tu??  Ada sape2 yang pernah dengar Mee Goreng Mamak taugeh bederap?  
 
      Taugeh bederap! Mengingatkan akak dengan arwah nenek.. tiap kali akak nak masak mee goreng ... arwah nenek akan pesan .."taugeh bederap" Itulah rahsia dalam masakan sebenarnya.. taugeh segar!! Taugeh dimasak tidak terlampau lama dan tiap kali kita makan Ia kan keluarkan bunyi bederap2 hehehe tapi yang penting air yg keluar dari taugeh cukup segar dan juicy..
 
Jom kita masak Mee Goreng Mamak  dengan gochugaru yg penting taugeh bederap!!
 
Bahan2nya:
  1. Mee kuning ~ 1 bungkus
  2. Minyak masak ~ 3 sudu
  3. Bawang putih ~ 5 ulas
  4. Bedal / daging ~ **terpulang
  5. Gochugaru ~ 1 sudu
  6. Tomoto ~ 1 biji
  7. Tahu goreng ~ 3 - 5 biji
  8. Telor ~ 3 biji
  9. Taugeh ~ 1 mangkuk kecil
  10. Kuchai ~ 1 ikat
  11. Kicap pekat ~ 2 sudu
  12. Air ~ 1 cawan



Ok... cara memasak..
  1. Tumis bawang putih
  2. Masukkan daging / bedal
  3. Masukan serbuk cili gochugaru ** oppst pastikan api dikecilkan .
  4. Gaulkan hingga mesra.
  5. Masukan mee kuning.. ** akak biasanya bilas dgn air .. tuk kurangkan bau kapur.
  6. Gaulkan hingga mesra.
  7. Masukan kicap pekat, tomato dan tahu goreng .. gaulkan dan sedikit air.
  8. Masukkan telor.** tunggu telor masak baru gaulkan
  9. Masukan sedikit garam n perasa.
  10. Last taugeh n daun kuchai.. tutup api.
Gaulkan hingga mesra.. dan hidang...

Rabu, 12 Ogos 2015

Char Kueh Tiaw

Dah lama akak x update blog nie... tak tahu laaa busy apanya... g open house pun tak!!!  buat open house pun tak!!!..hahaha.. 
 
Semalam kawan lama (Mira) datang rumah... sanggup drive jauh2 nak jumpa akak katanya... sedih.. tengok kawan sanggup dtg dari jauh.. "Mira thanks for coming.... aku tak buat open house tapi aku open the door tuk ko masuk hehehe..." Lama jugak.. kita org borak!! Sampai bunyi alarm dlm perut nie haaaa...  Puas tanya  Mira.. apa dia nak makan!! Balik2 jawapannya "tak kisah laa kak!!!" Haadoiii mak keliru... takut nanti klu masak ikut selera akak nie tak kena lak dgn selera Mira pulak... 

Puas bg menu .. suruh Mira pilih!! Akhirnya Mira pilih Char Kueh Tiaw!! "Basah tau kak!" Haaaa tu dia.. selera Mira!! 
So .. bahan2 pun dah ada.. jom kita masak Char Kueh Tiaw!!
Bahan2:

1. Udang ~ 8 ekor digaul dgn sedikit garam

2. Kueh Tiaw ~ sebungkus
3. Minyak masak ~ 3 sudu
4. Taugeh ~ agak2
5. Daun kuchai ~ agak2 dipotong panjang
6. Telor ~ 4 biji
7. Bawang putih ~ 4 ulas diketuk
8. Buah tomato ~ 1 biji dipotong dadu
9. Cili padi~ 3 tangkai dihiris
10. Limau nipis ~ 2 biji
11. Kicap cair

12. Kicap pekat
13. Garam & perasa
14. Air ~ 1cawan
15. Gochugaru ~ 1 sudu

Cara2nya...
1. Panaskan minyak n tumis bawang putih.
2. Masukan udang .. bila udang sudah masak , keluarkan.
3. Masukan tomato dan gochugaru gaulkan hingga mesra..
4. Masukan kicap pekat , air dan telor
5. Masukan kueh tiaw, taugeh, kuchai gaul hingga mesra
6. Tambah garam & perasa..
7. Masukkan udang yg digoreng gaulkan


Char Kueh Tiaw..... dah siap!!  Cepat dan mudah....  Tak perlu tunggu lama2 hingga cili masak dan pecah minyak... campak jer dah siap!! 
Komen Mira "Sedap kak!!"  sukanya... campak2 pun jadi!!







Ahad, 5 Julai 2015

Lala Masak dengan gochugaru


Lala Masak Pedas
Dah lama tak update blog nie.. Tak tahu pulak apa yang busy nya hehehe... Ok laa kali nie teringin pulak nak masak Lala masak pedas. 

Masa kerja kat Hotel Grand Millennium KL..Tiap kali Catterbox (Staff Cafeteria) ada menu Lala masak pedas.. berebut laa kami staff-staff nak break awal.. hehehehe... Betul laa kata orang masakan akan mengingatkan kita pada seseorang. Bila masak Lala Masak Pedas .. aku akan teringatkan pada kengkawan di Hotel Grand Millennium KL department One Touch Center. Banyak pengalaman pahit manis hehehehe. 

Ok ... Jom masak!! 
Lala

Bahan:
  1.  Lala  ~  1/2kg
  2.  Bawang Besar ~ 2 buku
  3.  Udang kering ~ 1 sudu
  4.  Minyak masak
  5.  Serbuk cili @ Gochugaru ~ 2 sudu
  6.  Sos cili  ~ 1 sudu
  7.   Sos tiram ~ 1sudu
  8.  Garam & perasa - ikut rasa
  9.  Telor  ~ 1 biji
  10.  Carrot ~ 1/2 batang
  11.  Daun Bawang ~ terpulang




 Cara2nya: 

  1. Tumis bawang & udang kering
  2. Masukkan Serbuk cili @ gochugaru
  3. Masukan sos cili & tiram
  4. Masukan Lala dan gaulkan hingga mesra 
  5. Masukan telor gaul hingga hancur dan mesra
  6. Masukan carrot
  7. Masukan Garam & perasa
  8. Akhir sekali masukan daun bawang 
** untuk hiasan taburkan bijan & hirisan daun bawang



Mudah sajakan... tak perlu lama didapur!! tu yang penting hehehehe..

Sebenarnya penggunaan serbuk cili @ gochugaru tiada bezanya dengan cili kering, cili giling atau cili boh!! semuanya CILI sama jer tetapi serbuk cili @ gochugaru nie .. tiada bahan pengawet seperti ada didalam cili boh dan cili giling. Dan tak perlu ambil masa yang lama.. seperti cili kering!! nak buang biji, rendam, diramas.. sampai pijau2 tangan... kemudian ditumis sampai pecah minyak.. tak ke lama tu kat dapur.. kita nie bukan la suri rumah sepenuh masa.. separuh masa jer..  

Dengan adanya serbuk cili @ gochugaru nie kerja2 memasak jadi lebih mudah. Tumis & Tabur saja!! Oppst!! tak perlu rendam dalam air yea.. just tabur jer.. klu nak berkuah .. lepas tabur baru letak air kay.. Cara simpan pun senang.. simpan jer dalam fridge seberapa lama yang bole.. tak akan rosak!!