Isnin, 14 September 2015

Mee Goreng Mamak..

      Hari2 minggu macam nie.. teringin pulak nak makan Mee Goreng Mamak.. dgn taugeh bederap! Taugeh bederap!! Apa tu??  Ada sape2 yang pernah dengar Mee Goreng Mamak taugeh bederap?  
 
      Taugeh bederap! Mengingatkan akak dengan arwah nenek.. tiap kali akak nak masak mee goreng ... arwah nenek akan pesan .."taugeh bederap" Itulah rahsia dalam masakan sebenarnya.. taugeh segar!! Taugeh dimasak tidak terlampau lama dan tiap kali kita makan Ia kan keluarkan bunyi bederap2 hehehe tapi yang penting air yg keluar dari taugeh cukup segar dan juicy..
 
Jom kita masak Mee Goreng Mamak  dengan gochugaru yg penting taugeh bederap!!
 
Bahan2nya:
  1. Mee kuning ~ 1 bungkus
  2. Minyak masak ~ 3 sudu
  3. Bawang putih ~ 5 ulas
  4. Bedal / daging ~ **terpulang
  5. Gochugaru ~ 1 sudu
  6. Tomoto ~ 1 biji
  7. Tahu goreng ~ 3 - 5 biji
  8. Telor ~ 3 biji
  9. Taugeh ~ 1 mangkuk kecil
  10. Kuchai ~ 1 ikat
  11. Kicap pekat ~ 2 sudu
  12. Air ~ 1 cawan



Ok... cara memasak..
  1. Tumis bawang putih
  2. Masukkan daging / bedal
  3. Masukan serbuk cili gochugaru ** oppst pastikan api dikecilkan .
  4. Gaulkan hingga mesra.
  5. Masukan mee kuning.. ** akak biasanya bilas dgn air .. tuk kurangkan bau kapur.
  6. Gaulkan hingga mesra.
  7. Masukan kicap pekat, tomato dan tahu goreng .. gaulkan dan sedikit air.
  8. Masukkan telor.** tunggu telor masak baru gaulkan
  9. Masukan sedikit garam n perasa.
  10. Last taugeh n daun kuchai.. tutup api.
Gaulkan hingga mesra.. dan hidang...

Tiada ulasan: