Rabu, 7 Oktober 2015

Gochugaru vs Chili Boh

Ramai yang keliru... apa sebenarnya Gochugaru nie?Dan apa bezanya dengan cili boh dan serbuk cili?  Ok laaa kat sini akak akan jelaskan serba sedikit tentang gochugaru dan perbezaannya dengan cili boh. 

Gochugaru  merupakan perkataan didalam bahasa Korea membawa maksud serbuk cili. Proses penghasilan serbuk cili @ gochugaru ialah cili yang ditanam dituai dah dijemu dibawah cahaya matahari utk sekian lama.  Kemudian dibuang biji akhir sekali dikisar menjadi empingan cili. 

Mana kala cili boh.. cili kering yg dibuang biji, diproses dengan bahan pengawet menjadi paste cili yg boleh tahan lama tetapi punya rasa yg agak masam. 

Serbuk cili pula cili kering yang diproses tanpa membuang biji dan dicampur dengan tepung bagi mengurangkan tahap kepedasannya. 

Bagi cili kering .. kita perlu melakukan beberapa proses seperti membuang biji, merendam, meramas dan akhir sekali kisar bagi mendapat paste cili yang asli. 

Apa yang pasti cili boh dan serbuk cili perlu dimasak hingga pecah minyak sebelum membuat sambal. Ia mengambil masa yang lama. Tapi tidak gochugaru.. Gochugaru tidak perlu mangambil masa yang lama  cukup sekadar tabur dan hidang. Yang penting tiada bahan pengawet dan tidak perlu mengambil masa yang lama.  

Isnin, 5 Oktober 2015

Yangnyeom-tongdak

CRUNCHY FRIED CHICKEN @ AYAM GORENG RANGGUP ALA KOREA
양념통닭 yangnyeom-tongdak


Recepi : 

Bahan2nya:
Ayam dipotong kecil
Minyak masak
Tepung jagung
Garam n perasa
Halia saiz ibu jari ditumbuk lumat
Bawang putih 3 ulas dicincang
Minyak bijan
Gochujang
Sos cili* jika perlu
Cuka
Gula perang
Bijan goreng


Cara2nya:
  1. Bersihkan ayam
  2. Perap ayam dengan halia, lada sula, minyak bijan
  3. Salut ayam dengan tepung jagung. Goreng dgn api pelahan.
  4. Digoreng buat kali kedua dengan minyak yang panas. Angkat dan tapis minyak.
  5. Panaskan kuali letak sedikit minyak.
  6. Tumis bawang putih.
  7. Masukkan gochugaru 1-2 sudu gaulkan.
  8. Masukkan cili sos* dan sedikit air.
  9. Masukkan 2 sudu gula perang gaulkan hingga pekat.
  10. Masukkan ayam dan gaul hingga mesra.
  11. Tabur bijan dan hidangkan..
AYAM GORENG RANGGUP ALA KOREA

Ahad, 4 Oktober 2015

Yukgaejang

Atas permintaan seorang peminat Running Man .. dia nak akak masak korean food tuk dia. Bila ditanya nak makan apa  daging, seafood, ayam ke...?? Jawapannya "apa2 la kak.. pernah ko makan aku tak makan"   hahaha ... ok laa!! Kita masa Yukgaejang atau Sup pedas daging

Nak borak panjang punya pasal so.. kena masak cepat2.. sampai lupa nak snap gambar.. 

Bahan2nya:
1. Daging 
2. Kombu
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Bebola daging
6. Lobak putih
7. Lobak merah
8. Kobis cina
9. Gochugaru
10. Daun bawang
11. Sos ikan
12. Minyak bijan
13. Garam n perasa
14. Tofu

Cara2nya:
1. Masukkan daging, kombu, bawang merah dan lobak putih dalam periuk berisi air dan rebus hingga daging empuk. **keluarkan buih yg timbul dipermukaan air rebusan.
2. Tapis air tuk dibuat stock daging.
3. Hiris daging nipis2.
4. Panaskan periuk letak sedikit minyak masak tumis bawang merah dan bawang putih.
5. Masukkan stock daging.
6. Masukkan gochugaru, hirisan daging, lobak merah, putih.
7. Masukkan 6 sudu sos ikan, 6 titik minyak bijan.
8. Masukkan garam n perasa.
9. Masukan hirisan daun bawang dan tofu... hidangkan..