Atas permintaan ramai .. akak akan tunjuk cara2 buat kimchi dengan lebih details lagi.... Alhamdulillah.. sekarang nie Gochugaru mula dapat sambuatan dan order tak putus2... Terima Kasih banyak2 pada semua!! yang memberi sokongan..
Rupanya ramai jugak yang pandai buat kimchi.. siap jual lagi!! Alhamdulillah... dah ramai kalangan kita pandai berniaga.
Ok kita berbalik pada kimchi... nak buat kimchi nie bukannya susah! senang dan mudah jer. Cuma perlu sabar dengan proses pemerapan.. sebab itu masyarakat korea akan buat kimchi sekali banyak.. So apa lagi.. buat banyak2 .. alang2 bole jual dan makan sekali betul tak?
Bahan-bahan asas perlu ada tuk buat kimchi ialah...
3. Daun bawang ~ 5batang
4. Bawang holand ~ 2biji
5. Bawang putih ~ 1buku
6. Halia ~ saiz ibu jari
7. Cencaluk ~1cawan
8. Sos ikan ~ 1 sudu kecil
9. Garam ~ 1 cawan
10.Gula ~ 1 sudu
4. Bawang holand ~ 2biji
5. Bawang putih ~ 1buku
6. Halia ~ saiz ibu jari
7. Cencaluk ~1cawan
8. Sos ikan ~ 1 sudu kecil
9. Garam ~ 1 cawan
10.Gula ~ 1 sudu
Cara2nya...
-
Kobis cina ~ Dibersihkan, dipotong dadu, ditabur garam dan direndam dgn air. *anggaran 1~4 jam terpulang..
- Lobak putih, daun bawang & bawang holand dipotong ikut saiz batang mancis
- Bawang besar, bawang putih, halia, cencaluk, sos ikan ~ dikisar
- Selepas 1~4 jam .. Basuh kobis bersih2 dan tapis hingga bersih.
- Guna Bekas bersih... masukan :
- Kobis cina
- Bahan2 yg dikisar
- Gochugaru
- Gula
6. Gaulkan hingga mesra dan cuba rasa klu nak ....
** - pedas tambah gochugaru
** - klu kurang garam tambah sos ikan
7. Masukan lobak , daun bawang dan bawang holand. Gaul sekali lagi.
8. Pindahkan pada bekas yang lebih kecil.Jangan isi penuh2 hanya 2/3 bekas. Tutup bekas rapat- rapat dan perap selama 1 hari @ 24jam.
9. Lepas 24 jam... simpan dlm fridge selama 6jam
10. Barulah boleh dimakan..
Selamat Mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan