Isnin, 6 Mei 2019

Spicy Dried Squid Strips

Ojingeochae Muchim  (o-jing-eo-chae, 오징어채)

    100gm ojingeochae (Sotong kering yang siap dihiris)
    1-1 / 2 sudu minyak masak
    2 sudu teh gochugaru
    2 sudu gochujang 

    2 sudu corn syrup (oligodang)
    1 sudu soy sauce
    1/2 sudu teh bawang putih yang dicincang
    1 sudu teh minyak bijan
    1/2 sudu teh bijan



Cara memasak..


Bilas sotong dengan air bersih. 
Rendam hingga lembut dengan 1/2 cawan air, kira-kira 20 minit. 

Panaskan 11/2 teh minyak,  dengan api yang rendah dan masukan bawang putih yang di cincang.
Masukan gochugaru, gochujang, sirup jagung, soy sauce, dan sedikit air. Kacau hingga mesra.

Masukan Ojingeochae dan kacau hingga mesra.



Taburkan minyak bijan dan bijan. 
   
Simpan sisa di dalam peti sejuk boleh selama beberapa minggu.. selamat mencuba



 

Jumaat, 3 Mei 2019

Japanese Fried Rice

Japanese fried rice ... 
Bahan2nya ....
~ Nasi putih (guna beras jepun)
~ 5 ulas bawang putih di chopping halus
~ 1 btg carrot di potong dadu nipis2
~ 5 kuntum cendawan (dihiris halus)
~ 2 biji telor
~ isi udang atau ketam
~ lada sula
~ minyak masak
~ minyak bijin
~ garam dan perasa
Cara2nya...
1. Panaskan minyak masak bersama 1 sudu minyak bijin.
2. Tumis bawang putih bersama cendawan, isi udang atau ketam
3. Masukkan 2 biji telor gaul hingga hancur
4. Masukkan nasi putih, lada sula, garam & perasa ... gaul hingga sebati
5. Masukkan carrot yg telah di potong dadu dan sedikit minyak bijan.
6. Hidangkan ...tabur hirisan daun bawang dan bijan sebagai hiasan. Nak lagi sedap letak  telor mata ..
SELAMAT MENCUBA..

Jumaat, 26 Oktober 2018

Sambal Udang Petai Gochugaru

Sedar tak sedar... lama jugak akak tak update dalam blog. Apa laa busy sangat tu yea!!! Hehehehe .. nak kata busy tak laa busy tapi ada jer aktiviti akak. Sampai en somi pun bising.. hmmmm teruk sangat nie hehehe

Okay laaa ari nie akak nak kongsi masak Sambal Udang Petai Gochugaru !!!  this is my favorite dish hmmmmmmm disebabkan Sambal Udang Petai musuh pun boleh jadi kawan baik tauuuu! Nampakkk tak penangan dia.... kombinasi udang dengan petai.. air yang berkocak  bole tenang tau... tak caya cuba laa kalau ada orang tak suka kita .. dan cerita buruk tentang kita ... cuba masak sambal udang petai ajak dia makan sekali.....  sepanjang tahun dia cite baik ko jer dik.. hahahaha make sure orang tu akak laa... 
 
Nak senang .. nak mudah.. kita masak guna gochugaru jer. Semestinya cepat dan mudah. 


Bahan-bahannya :
2 sudu × Gochugaru
1 biji × Bawang besar ~dihiris
3 sudu x minyak masak
1/2 cawan × air asam jawa
1 cawan x Petai
6 ekor × Udang (saiz besar)
Sedikit belacan, garam dan gula. 


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama sedikit belacan.
2. Masukkan gochugaru kacau dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga kuah pekat.
3. Masukkan udang. Tunggu hingga udang masak.
4. Masukkan petai, garam dan gula/perasa
Selamat Mencuba... 



.Panaskan minyak
.Tumis bawang bersama sedikit belacan
. Masukkan gochugaru gaulkan hingga mesra




Kacau hingga kuah pekat
Masukkan air asam jawa.
Masukkan udang


Masukkan petai

Hidangkan..

 

Isnin, 26 Mac 2018

Rabokki

 Hari ini saya ingin berkongsi makanan  Korea yang popular - Rabokki (라볶이). Rabokki adalah gabungan perkataan Ramyeon (라면, mi ramen segera) dan Tteokbokki (떡볶이, kek beras pedas Korea). Saya sebenarnya lebih suka Rabokki lebih daripada Tteokbokki kerana ada bahan tambahan yang lebih menarik dan aroma yang lebih lazat di dalamnya. 🙂 Bagaimana dengan awak? Dan lebih sedap kalau guna mee korea

RABOKKI

Bahan2 nya...

2 batang             Sausage
5 biji                   Fish ball
1 batang             Fish cake
4 biji                  Telor puyu
3 sudu                Gochujang
1 sudu                Gochugaru
2 sudu                Corn Syurp
1 sudu                Brown Sugar
1 sudu kecil        Garam
1 paket               Mee Segere / Mee Korea
1 paket               Topokki
Hirisan daun bawang & bijan sebagai hiasan.



Cara menyediakannya 

  1. Rebus mee hingga lembut - keluarkan dan tos kan air
  2. Rebus topokki hingga lembut - keluarkan dan tos kan air
  3. Rebus 3 cawan air , masukan gochujang & gochugaru - Kacau hingga mesra
  4. Masukan corn syrup, brown sugar, garam 
  5. Masukan sausage, fish cake, fish ball
  6. Akhir sekali masukan mee & topokki 
  7. Tunggu hingga kuah pekat
  8. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang & bijan.


SELAMAT MENCUBA !! 








Sabtu, 10 Jun 2017

Gimbap

Gimbap atau kimbap .... sama saja sebutan saja berbeza. Gimbap hampir sama dengan sushi tetapi dari segi penyediaannya berbeza. Gimbap lebih menggunakan bahan2 yang dimasak terlebih dahulu.

Antaranya
Nasi
Sayur bayam
Lobak merah
Telor dadar
Daging bulgogi
Pickles radish

Semua bahan diatas dimasak terlebih dahulu kecuali pickles radish. Tapi kita bole ubah penyedian Gimbap mengikut selera kita.
Jom guna Gimbap Set.. didalamnya ada bamboo mat. Beras, seaweed @ nori dan pickles radish.





Anda perlu tambah...
Timun - dibuang bahagian tengah dan potong memanjang
Lobak merah - dipotong memanjang
Telor dadar - dipotong memanjang
Sausage - dipotong 4 memanjang

Cara memasak nasi...
Masak seperti biasa,
Bila nasi sudah masak taburkan sedikit garam, minyak bijan dan biji bijan yg siap digoreng kering.
Gaulkan hingga rata.
Sejukkan nasi. *nasi yg sejuk akan membuat Gimbap tahan lama*


Cara membuatnya..

1. Bentangkan bamboo mat
2. Letakan seaweed diatasnya *bahagian licin dibelah bawah*
3. Letakan nasi diatas dan ratakan di permukaan seaweed. *tak perlu penuhkan semua ruang*
4. Letakan semua bahan2 diatas.
5. Gulung dengan kemas dgn menggunakan bamboo mat.
6. Sapukan minyak bijan diatas Gimbap
7. Potong Gimbap mengikut sukatan anda.
8. Taburkan bijan sebagai hiasan..




posted from Bloggeroid

Tteokbokki 떡볶이


Pernah makan Tteokbokki?? Rasanya hampir sama dengan Yong Tau Foo tapi yang specialnya Tteokbokki ada rice cake @ Topokki.dan warna kuahnya lebih pada merah rasanya manis2 pedas. Sedap masa sejuk mahupun panas. Nak tambah sedap ... makan bersama korean noodle ataupun ramen @ instant noodle.



Bahan2 yg diperlukan...



1 pack Topokki 600gm
1 cawan
2 sudu Gochujang
1 cawan Fish Cake dipotong nipis
1 cawan  Fish ball dibelah dua
1 cawan Crab stick atau sausage dibelah 2
1 sudu Tepung jagung
1 cawan Gula
Sedikit Garam
1 sudu kecil bijan
1 biji telor rebus




Cara2nya

1. Rebus topoki hingga lembut tapis dan buang air rebusan.
2. Didirkan air masukan gochujang. Kacau hingga paste larut.
3. Masukan topokki, fish cake, fish ball, carb stick atau sausaga.
4. Masukan garam ,gula dan bancuhan tepung jagung.
5. Tunggu kuah mendidih dan pekat
6. Tabukan sedikit bijan dan telor rebus sebagai hiasan,
7. Hidangkan dengan noodle , ramen atau bole makan bergitu saja







posted from Bloggeroid

Selasa, 10 Mei 2016

Kimchi Untuk Kesihatan


Ketahui 9 Khasiat Hebat Kimchi Untuk Kesihatan

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang popular di seluruh dunia. Makanan ini hasilkan dengan mencampurkan kobis yang dihiris nipis dengan bahan seperti garam, cuka, bawang putih dan serbuk cili sebelum disimpan di dalam balang untuk dijadikan jeruk.

Tahukah anda bahawa kimchi adalah baik untuk kesihatan? Berikut adalah 9 khasiat hebat kimchi yang harus anda tahu.

1. Mengandungi probiotik
Seperti dadih, kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

2. Menurunkan kolestrol
Bawang putih dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang berkesan membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga membantu menurunkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular lain. Ini adalah kerana allicin dan selenium berfungsi menghalang mendapan plak pada dinding arteri.

Kimchi yang dihidang dalam pinggan
Kimchi yang dihidang dalam pinggan [Sumber]

3. Memastikan tumbesaran yang sihat dan penglihatan yang baik 
Kaya dengan vitamin A sebagai antioksidan, kimchi boleh membantu menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Selain itu, vitamin A juga baik untuk tumbesaran embrio dan membantu mengekalkan penglihatan yang jelas dan sihat.

4. Memberi kulit wajah yang berseri dan rambut yang bersinar
Kimchi bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman, malah baik untuk kulit wajah. Selenium dalam bawang putih dalam kimchi membantu menyihatkan kulit dan rambut, serta mengurangkan kedut wajah pada jangka masa panjang. Selenium juga adalah sebahagian daripada glutathione, bahan yang mengekalkan vitamin C, seterusnya membuatkannya lebih kuat dan efektif.

5. Menghindar kanser perut
Professor Miri Kim daripada Bahagian Nutrisi Makanan di Chungnam National University mendapati bahawa kobis China dan lobak putih dalam kimchi mengandungi bahan bio-kimia seperti isocyanate and sulfide, baik untuk menyingkirkan logam berat dalam hati, usus kecil, dan buah pinggang. Isocyanate juga telah terbukti boleh menghindar kanser perut.

Bahan-bahan untuk membuat kimchi
Bahan-bahan untuk membuat kimchi [Sumber]

6. Melambatkan penuaan
Tidak hairanlah jika orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan muda. Kimchi yang telah dijeruk selama 2 minggu mengandungi antioksidan yang mampu menurunkan kadar penuaan pada kulit, selain boleh mengurangkan oksidasi sel. Ini menjadikan anda kelihatan ceria dan tenang walaupun mengalami tekanan.

7. Membantu penurunan berat badan
150 gram kimchi cuma mengandungi 40 kalori. Selain itu, kimchi juga boleh menggalakkan metabolisma karbohidrat dan membantu menurunkan berat badan. Capsaicin yang terdapat dalam cili dalam kimchi meningkatkan kadar metabolisma, menyebabkan anda menggunakan lebihan tenaga dalam badan, seterusnya meningkatkan kadar penurunan berat badan.

8. Menghalang ulser peptik
Ulser peptik secara umumnya berpunca daripada Helicobacter pylori, sejenis bakteria yang ada dalam perut. Kimchi mengandungi leuconostoc mensenteroides yang menghasilkan dextrin, bahan penting yang menghentikan pertumbuhan bakteria Helicobacter pylori dalam badan.

Kimchi yang dijeruk dalam balang kaca
Kimchi yang dijeruk dalam balang kaca [Sumber]

9. Meningkatkan daya tahan badan
Professor Rina Yu daripada Bahagian Makanan dan Nutrisi di University of Ulsan mendapati bahawa kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa.

Tahukah anda? Kimchi dimakan setiap hari oleh orang Korea, sehingga lebih 20 kilogram setahun setiap seorang, dan apabila orang Korea bergambar atau berselfie, mereka menyebut "Kimcheeee!" dan bukan "Cheese!" seperti di barat?