Ahad, 20 Disember 2015

Kangkong Belacan

Hari nie teringin laa pulak nak buat kangkung belacan ala2 korean style... bezanya mereka hanya mencelur atau merebus saja sayuran dan mengaulkan saja bahan2 seperti gochugaru, minyak bijan, sos ikan dan sedikit gula. Tapi saya nak tapi sys nak tambahkan sedikit taste melayu.. iaitu belacan. Dah namanya kita Melayu!! Melayu dan Belacan berpisah tiada!! betul tak? Jom kita buat kangkung belacan korean style..


Bahan Bahannya....


Bahan A
Kangkung                        1 ikat
Minyak Masak                2 sudu
Bawang merah & putih     1/2 biji

Bahan B
Sos Ikan                          1 sudu
Sos tiram                         1 sudu
minyak bijan                    1 sudu
Gochugaru                      1 Sudu
Belacan                           sedikit ** terpulang




Cara2nya
  1. Campurkan bahan B dalam satu bekas. Gaul hingga mesra.
  2. Bersihkan kangkung
  3. Hiris bawang merah & putih
  4. Panaskan kuali, masukan minyak masak
  5. Tumiskan bawang 
  6. Masukan kangkung 
  7. Masukan bahan2 B dan gaulkan seketika hingga mesra
  8. Keluarkan dan hidang













Tiada ulasan: