Jumaat, 17 April 2015

Jjamppong @ Seafood soup

Terliur nenggok jjamppong @ seafood soup.... teringin nak cuba apa rasanya yeahh.... Ala-alang jiran tingkat lima nak rasa kimchi.. bole bagi dia rasa jjamppong nie yeah!! hmmm idea bagus nie!!


So hari nie kita cuba gochugaru tuk masak jjamppong !!


Bahan2:

  1. Kombu @ rumpai laut kering                           
    Kombu/rumpai laut kering
  2. Ikan bilis 
  3. Lobak putih
  4. Bawang besar
  5. Bawang putih
  6. Isi ayam
  7. Kerang /kupang/lokum/ lala pun bole
  8. Sotong
  9. Udang 
  10. Kobis panjang
  11. Leak / daun bawang
  12. Lobak merah
  13. Sos ikan
  14. Sos tiram
  15. Gochugaru
  16. Minyak masak 
  17. Minyak bijan


Cara2nya:
  1. Rebuskan bahan2 1-4 dan tapiskan air rebusan.
  2. Tumis bawang putih dengan isi ayam
  3. Gochugaru (3sudu) dicampur dengan 1 sudu minyak gaulkan.
  4. Masukan gochugaru ke dalam tumisan isi ayam
  5. Masukan bahan 10-12 dan rebusan lobak putih gaulkan hingga mesra
  6. Masukan air rebusan tambahkan 1 sudu sos tiram, sos ikan dan minyak bijan. 
  7. Masukan bahan 7- 9.. 
  8. Masukan sedikit garam dan perasa (ikut rasa)... 



** Jjamppong adalah  mee daging dan seafood... tapi ari nie nak makan dengan nasi. Sebab aku ada masak Bulgogi!! Nanti aku kongsikan recepi bulgogi yeahh... 


Habis jer masak aku pun packing2 la kimchi dengan jjamppong nak anta sikit kat jiran.. Pastu terfikir lak .. tak kan dia nak makan kimchi gan jjampong jer? klu makan gan nasi biasa tak syokk.. jadi aku packing laa nasi (beras korea).. pastu terpikir lagi.. klu bagi rasa Bulgogi mesti lagi sedap.. Akhirnya dah jadi satu hidangan makan malam aku hantar kat jiran.. hahaha 

Terkedu cik jiran!! "akak nak rasa kimchi jer.. banyak nie!!" ...  "Tak pe laa kak.. rezeki akak malam nie!!" balas aku penuh semangat.  Dalam on the way balik rumah... aku tersenyum sorang2 dalam hati kata "nie kali pertama aku beri lauk pada jiran.. seronok lak rasa!!"  baru rasa ada semangat kejiranan.




Tiada ulasan: