Jumaat, 17 April 2015

Jjamppong @ Seafood soup

Terliur nenggok jjamppong @ seafood soup.... teringin nak cuba apa rasanya yeahh.... Ala-alang jiran tingkat lima nak rasa kimchi.. bole bagi dia rasa jjamppong nie yeah!! hmmm idea bagus nie!!


So hari nie kita cuba gochugaru tuk masak jjamppong !!


Bahan2:

  1. Kombu @ rumpai laut kering                           
    Kombu/rumpai laut kering
  2. Ikan bilis 
  3. Lobak putih
  4. Bawang besar
  5. Bawang putih
  6. Isi ayam
  7. Kerang /kupang/lokum/ lala pun bole
  8. Sotong
  9. Udang 
  10. Kobis panjang
  11. Leak / daun bawang
  12. Lobak merah
  13. Sos ikan
  14. Sos tiram
  15. Gochugaru
  16. Minyak masak 
  17. Minyak bijan


Cara2nya:
  1. Rebuskan bahan2 1-4 dan tapiskan air rebusan.
  2. Tumis bawang putih dengan isi ayam
  3. Gochugaru (3sudu) dicampur dengan 1 sudu minyak gaulkan.
  4. Masukan gochugaru ke dalam tumisan isi ayam
  5. Masukan bahan 10-12 dan rebusan lobak putih gaulkan hingga mesra
  6. Masukan air rebusan tambahkan 1 sudu sos tiram, sos ikan dan minyak bijan. 
  7. Masukan bahan 7- 9.. 
  8. Masukan sedikit garam dan perasa (ikut rasa)... 



** Jjamppong adalah  mee daging dan seafood... tapi ari nie nak makan dengan nasi. Sebab aku ada masak Bulgogi!! Nanti aku kongsikan recepi bulgogi yeahh... 


Habis jer masak aku pun packing2 la kimchi dengan jjamppong nak anta sikit kat jiran.. Pastu terfikir lak .. tak kan dia nak makan kimchi gan jjampong jer? klu makan gan nasi biasa tak syokk.. jadi aku packing laa nasi (beras korea).. pastu terpikir lagi.. klu bagi rasa Bulgogi mesti lagi sedap.. Akhirnya dah jadi satu hidangan makan malam aku hantar kat jiran.. hahaha 

Terkedu cik jiran!! "akak nak rasa kimchi jer.. banyak nie!!" ...  "Tak pe laa kak.. rezeki akak malam nie!!" balas aku penuh semangat.  Dalam on the way balik rumah... aku tersenyum sorang2 dalam hati kata "nie kali pertama aku beri lauk pada jiran.. seronok lak rasa!!"  baru rasa ada semangat kejiranan.




Khamis, 16 April 2015

Kimchi oh kimchi....

Hari nie nak cite pasal kimchi, terus terang aku cakap yang aku mula kenal kimchi pun melalui drama korea jugak "Winter Sonata" hahaha..  Bila tengok mereka makan dan respone mereka pada kimchi !! Buatkan aku rasa nak gi cari copstik besi time tu jugak hehehe.... hebat penanggan drama korea.
Kalau laa artis kita melakonkan babak respon pada sambal petai macam diorang dah tentu banyak carian "recepi sambal petai" di google kan dan bolehlah kita komersialkan sambal petai warisan kita hehehe....  berangan sudaaa...







Ok laaa ... kita balik pada cite kimchi. Kimchi merupakan makanaan tradisi Korea, Kimchi yang difermentasikan yang diperbuat dari sayuran-sayuran segar. Kebiasaannya sayur yang digunakan seperti kobis cina, timun, lobak putih, bayan dan etc. Di Korea Selatan, hampir semua suri rumah tahu atau mahir membuat kimchi. 

Pada awalnya Kimchi dibuat oleh permaisuri dari Raja Sejong sebagai  hidangan masa perayaan. Lama kelamaan kimchi mula digemari dan dijadikan makanan musim sejuk. Setiap suri rumah akan mula membuat Kimchi pada musim dingin (Autumn) dan disimpan dalam tempayan kemudian diletakan dalam sungai. maklum la zaman dulu belum ada lagi peti ais

Kimchi merupakan makanan yang sangat sihat kerana dibuat dari sayur-sayuran. Kimchi mengandung serat yang cukup tinggi, dan kaya akan vitamin A, thiamine(B1), riboflavin (B2),  kalsium, zat besi[5][6], dan bakteri asam laktat yang baik untuk pencernaan. Selain itu, Kimchi juga dapat mencegah terjadinya CANCER. Oleh sebab itulah Kimchi dinobatkan sebagai salah satu dari 5 makanan terbaik di dunia!!

 Pada awalnya aku beli jer kimchi kat Tesco tapi rasanya sudah terlalu masam tapi bila makan kat restauran Korea aku dapat rasakan keenakan kimchi... hmmm ... aku jatuh cinta!! 

Sejak tu.. aku pun mula belajar buat kimchi sendiri... carian dari satu blog ke satu blog akhirnya aku dapat jugak recipe kimchi. Tapi masa tu, bahan utamanya Gochugaru aku tak tahu pulak nak cari kat mana... so aku cuba guna serbuk cili babas... hmm pedih perut tiga hari tak hilang. Aku cuba pulak guna cili boh...  hmmm busuk satu rumah!! Kecewa tahap gamban !!... 

Akhirnya pada satu petang... aku borak2 kosong gan ibu.. terbuka pulak cite pasal kimchi dan experimen2 yg tak menjadi tu. Dengan spontan ibu pintas "Laa nape tak tanya ibu.. kan ibu buat kimchi" Terkedu aku dengar kata2 dari ibu.. setahu aku ibu berkerja di restauran Japan bukan Korea!!  Rupanya ibu tahu buat kimchi... hmmm kalau laa ku tahu!! dari awal lagi belajar gan ibu. Sejak ari tu aku belajar buat kimchi dengan ibu.. dan kimchi jadi hidangan rutin aku.. hahaha.. 

Kimchi.. 
Bahan2
Kobis cina
Lobak putih
Daun bawang
Bawang holand besar 1biji
Bawang putih 1buku
Halia saiz ibu jari 
Cencaluk 1/2 sudu teh
Sos ikan 1cawan
Garam

Cara2nya...
 Potong kobis n Rendam dgn garam selama 4 jam
 Potong lobak n daun bawang ikut saiz batang mancis
 Bawang besar, putih, halia, cencaluk, sos ikan - dikisar

 Selepas 4 jam .... 

Basuh kobis bersih2. Dan tapis.. 

Guna Bekas bersih... masukan :
  Kobis, bahan yg dikisar gochugaru, sedikit gula.. 
  Gaulkan hingga mesra.. cuba rasa klu nak ....
         - pedas tambah gochugaru 
         - klu kurang garam tambah sos ikan

Klu semua ok.. 
Masukan lobak n daun bawang

 Tutup bekas n perap 24jam . 
 Lepas 24 jam simpan dlm fridge 6jam 
 Baru bole makan..



Selamat mencuba...

Ahad, 12 April 2015

Cencaru Sumbat resepi ibu @ Gochugaru

Tiap kali buat Cencaru sumbat.. mesti teringat zaman kecil2 dulu. Ibu akan masak ikan cencaru sumbat cili  lawan dengan sayur bayam itu pun dah sedap. Sekor sorang buat kami adik beradik...sebelah tuk makan tengahari .. sebelah lagi tuk malam. Disebabkan tamak!! Aku pilih yang besar n sorok atas almari pulak tu.. Ingat kucing tak makan cili... mesti kucing tak curi punye..Hmmm hilang jugak! bila tanya sekor pun tak mengaku!!! Akhirnya malam tu aku makan nasi n bayam jer. Tp betul ke kucing aku yang ambil!! Lupa lak nak tanya kak aku tu ... bukan bole caya dia tu!!hahaha


Jom kita cuba masak cencaru sumbat gochugaru...




Bahan2..
  1. Minyak masak
  2. Sos ikan
  3. Bawang merah 1/2 buku
  4. Belacan (jika perlu)
  5. Gochugaru 1 sudu
  6. Serbuk kunyit
  7. Garam

Cara2nya
  1. Campurkan gochugaru dengan sedikit belacan (jika perlu), 1 sudu minyak masak, 1 sudu sos ikan dan hirisan bawang merah. Gaulkan hingga mesra.
  2. Sumbat campuran 1 di dalam ikan cencaru.
  3. Taburkan sedikit serbuk kunyit dan garam
  4. Panas kan minyak dan goreng.. 


Hmm sedap!! sampai lupa pulak yang aku nie on diet... hehehehe
 

 

Jumaat, 10 April 2015

Sambal telur @ gochugaru



 Sambal telur... menu paling ringkas. Sedap dimakan dengan nasi mahupun roti.  Jom masak dengan serbuk cili Gochugaru!! Mudah, cepat, & lebih sedap!! tak percaya mari cuba... 




Bahan2..
  1. Telur 2 biji
  2. Bawang merah dihiris
  3. Minyak masak
  4. Gochugaru
  5. Garam & perasa
  6. Daun bawang (jika perlu)
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah 
  2. Masukan Gohugaru @ serbuk cili
  3. Kacaukan hingga mesra
  4. Masukan Telur dan garam & perasa
  5. Kacau seketika ... selesai
  6. Taburkan daun bawang sebagai hiasan

Senangkan!! cuba la... kerja2 memasak jadi lebih mudah....

Khamis, 9 April 2015

Sambal Bilis Ranggup!!

Hmmm dengan serbuk cili Gochugara... Sambil bilis ranggup dapat disediakan tak sampai 5 minit.. Hanya perlu sesudu dua serbuk cili Gochugaru. Kurang minyak dan rangup.. Tak percaya jom cuba!!!





Bahan2...
  1. Ikan bilis yang siap digoreng.
  2. Bawang besar dihiris 
  3. Serbuk cili Gochugaru (1-2 sudu)
  4. Minyak masak

Cara memasak..
  1. Panaskan sedikit minyak
  2. Tumis bawang
  3. Masukan ikan bilis yang siap digoreng
  4. Masukan serbuk cili Gochugaru (1-2 sudu)
  5. Masukan sedikit garam & perasa (jika perlu) 
  6. Gaulkan seketika dan tutup api.... selesai..

Gochugaru untuk dijual

Salam... Stock baru serbuk cili Gochugaru... wahh..... ada trail pack dan small packaging 180gm. Harga yang berpatutan. Selepas nie kerja2 memasak jadi lebih mudah!!

Hubungi saya untuk dapatkan trail pack!! @ 019-3901663.




Rabu, 1 April 2015

Asam Pedas Gochugaru

Asam Pedas .... Menu utama dalam masakan orang Melaka & Johor. Tak sah kalau tak masak Asam Pedas dalam sebulan. Tapi untuk memasak Asam Pedas ... agak leceh jugak. Mana taknya nak rendam, ramas dan kisar cili kering ... Pijau tangan dibuatnya!

Tahukah anda... Kita boleh masak Asam Pedas dengan mengunakan serbuk cili korea @ gochugaru nak tahu bagaimana senang dan mudahnya masak Asam Pedas dengan Gochugaru....






Bahan2nya :


  1. Bawang merah (1 buku)
  2. Bawang putih (3 ulas)
  3. Halia (saiz ibu jari)
  4. Belacan
  5. Asam Jawa
  6. Serbuk kunyit
  7. Serai
  8. Daun limau purut
  9. Bendi
  10. Minyak masak
  11. Ikan
  12. Serbuk cili (Gochugaru)

Cara memasak....
  1. Kisar bahan 1~ 4 dengan sedikit air. 
  2. Panas minyak
  3. Tumis bahan2 yang dikisar.
  4. Masukan serbuk cili (Gochugaru) kacau hingga mesra
  5. Masukan serbuk kunyit
  6. Masukan serai yang di ketuk 
  7. Masukan air asam jawa serta garam & perasa.
  8. Masukan ikan 
  9. Akhir sekali masukan bendi dan daun limau purut.
Senangkan... tak perlu tunggu cili pecah minyak atau masak. Minyak pun tak digunakan dengan banyak,  Tak perlu ambil masa yang lama untuk masak.. hmmmm senang sangat!!