Sedar tak sedar... lama jugak akak tak update dalam blog. Apa laa busy sangat tu yea!!! Hehehehe .. nak kata busy tak laa busy tapi ada jer aktiviti akak. Sampai en somi pun bising.. hmmmm teruk sangat nie hehehe
Okay laaa ari nie akak nak kongsi masak Sambal Udang Petai Gochugaru !!! this is my favorite dish hmmmmmmm disebabkan Sambal Udang Petai musuh pun boleh jadi kawan baik tauuuu! Nampakkk tak penangan dia.... kombinasi udang dengan petai.. air yang berkocak bole tenang tau... tak caya cuba laa kalau ada orang tak suka kita .. dan cerita buruk tentang kita ... cuba masak sambal udang petai ajak dia makan sekali..... sepanjang tahun dia cite baik ko jer dik.. hahahaha make sure orang tu akak laa...
Nak senang .. nak mudah.. kita masak guna gochugaru jer. Semestinya cepat dan mudah.
Bahan-bahannya :
2 sudu × Gochugaru
1 biji × Bawang besar ~dihiris
3 sudu x minyak masak
1/2 cawan × air asam jawa
1 cawan x Petai
6 ekor × Udang (saiz besar)
Sedikit belacan, garam dan gula.
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama sedikit belacan.
2. Masukkan gochugaru kacau dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga kuah pekat.
3. Masukkan udang. Tunggu hingga udang masak.
4. Masukkan petai, garam dan gula/perasa
Selamat Mencuba...
![]() |
.Panaskan minyak |
![]() |
.Tumis bawang bersama sedikit belacan |
![]() |
Kacau hingga kuah pekat |
![]() |
Masukkan petai |
![]() |
Hidangkan.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan