Isnin, 26 Mac 2018

Rabokki

 Hari ini saya ingin berkongsi makanan  Korea yang popular - Rabokki (라볶이). Rabokki adalah gabungan perkataan Ramyeon (라면, mi ramen segera) dan Tteokbokki (떡볶이, kek beras pedas Korea). Saya sebenarnya lebih suka Rabokki lebih daripada Tteokbokki kerana ada bahan tambahan yang lebih menarik dan aroma yang lebih lazat di dalamnya. 🙂 Bagaimana dengan awak? Dan lebih sedap kalau guna mee korea

RABOKKI

Bahan2 nya...

2 batang             Sausage
5 biji                   Fish ball
1 batang             Fish cake
4 biji                  Telor puyu
3 sudu                Gochujang
1 sudu                Gochugaru
2 sudu                Corn Syurp
1 sudu                Brown Sugar
1 sudu kecil        Garam
1 paket               Mee Segere / Mee Korea
1 paket               Topokki
Hirisan daun bawang & bijan sebagai hiasan.



Cara menyediakannya 

  1. Rebus mee hingga lembut - keluarkan dan tos kan air
  2. Rebus topokki hingga lembut - keluarkan dan tos kan air
  3. Rebus 3 cawan air , masukan gochujang & gochugaru - Kacau hingga mesra
  4. Masukan corn syrup, brown sugar, garam 
  5. Masukan sausage, fish cake, fish ball
  6. Akhir sekali masukan mee & topokki 
  7. Tunggu hingga kuah pekat
  8. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang & bijan.


SELAMAT MENCUBA !! 








Tiada ulasan: