Jumaat, 26 Oktober 2018

Sambal Udang Petai Gochugaru

Sedar tak sedar... lama jugak akak tak update dalam blog. Apa laa busy sangat tu yea!!! Hehehehe .. nak kata busy tak laa busy tapi ada jer aktiviti akak. Sampai en somi pun bising.. hmmmm teruk sangat nie hehehe

Okay laaa ari nie akak nak kongsi masak Sambal Udang Petai Gochugaru !!!  this is my favorite dish hmmmmmmm disebabkan Sambal Udang Petai musuh pun boleh jadi kawan baik tauuuu! Nampakkk tak penangan dia.... kombinasi udang dengan petai.. air yang berkocak  bole tenang tau... tak caya cuba laa kalau ada orang tak suka kita .. dan cerita buruk tentang kita ... cuba masak sambal udang petai ajak dia makan sekali.....  sepanjang tahun dia cite baik ko jer dik.. hahahaha make sure orang tu akak laa... 
 
Nak senang .. nak mudah.. kita masak guna gochugaru jer. Semestinya cepat dan mudah. 


Bahan-bahannya :
2 sudu × Gochugaru
1 biji × Bawang besar ~dihiris
3 sudu x minyak masak
1/2 cawan × air asam jawa
1 cawan x Petai
6 ekor × Udang (saiz besar)
Sedikit belacan, garam dan gula. 


Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang bersama sedikit belacan.
2. Masukkan gochugaru kacau dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga kuah pekat.
3. Masukkan udang. Tunggu hingga udang masak.
4. Masukkan petai, garam dan gula/perasa
Selamat Mencuba... 



.Panaskan minyak
.Tumis bawang bersama sedikit belacan
. Masukkan gochugaru gaulkan hingga mesra




Kacau hingga kuah pekat
Masukkan air asam jawa.
Masukkan udang


Masukkan petai

Hidangkan..

 

Isnin, 26 Mac 2018

Rabokki

 Hari ini saya ingin berkongsi makanan  Korea yang popular - Rabokki (라볶이). Rabokki adalah gabungan perkataan Ramyeon (라면, mi ramen segera) dan Tteokbokki (떡볶이, kek beras pedas Korea). Saya sebenarnya lebih suka Rabokki lebih daripada Tteokbokki kerana ada bahan tambahan yang lebih menarik dan aroma yang lebih lazat di dalamnya. 🙂 Bagaimana dengan awak? Dan lebih sedap kalau guna mee korea

RABOKKI

Bahan2 nya...

2 batang             Sausage
5 biji                   Fish ball
1 batang             Fish cake
4 biji                  Telor puyu
3 sudu                Gochujang
1 sudu                Gochugaru
2 sudu                Corn Syurp
1 sudu                Brown Sugar
1 sudu kecil        Garam
1 paket               Mee Segere / Mee Korea
1 paket               Topokki
Hirisan daun bawang & bijan sebagai hiasan.



Cara menyediakannya 

  1. Rebus mee hingga lembut - keluarkan dan tos kan air
  2. Rebus topokki hingga lembut - keluarkan dan tos kan air
  3. Rebus 3 cawan air , masukan gochujang & gochugaru - Kacau hingga mesra
  4. Masukan corn syrup, brown sugar, garam 
  5. Masukan sausage, fish cake, fish ball
  6. Akhir sekali masukan mee & topokki 
  7. Tunggu hingga kuah pekat
  8. Hidangkan dan tabur hirisan daun bawang & bijan.


SELAMAT MENCUBA !!