Rabu, 25 November 2015

Kimchi Fried Rice

Dulu masa akak jual kimchi.. ada lahhhh  student dari kolej di Cyberjaya beli 3btl kimchi. Sanggup datang ke Hospital Serdang. Masa tu, akak x dapat deliver sbb on duty. Bila nampak adik nie bersungguh2 .. akak pun tanya dia nape beli sekali banyak... biasa customer beli satu jer then baru mereka repeat order. Katanya dia dan keluarga memang suka kimchi nie. Biasanya kami buat nasi goreng. Nasi Goreng!!! 

Sedap ke?? Sedap kak!! Katanya. Bila makan ke Restauran  Korean memang nampak ada menu Kimchi Fried Rice tp x pernah order. Hanya anggap menu biasa jer!! 

Jadi apa lagi akak balik jer keje terus buat... nasi goreng!!  Perhhhh hasilnya punya la sedap.. rasa macam ada isi kerang pada hal hanya kimchi dan telor saya.


Kimchi yg telah diperap lebih 3-6 minggu
Bahan-bahanya:
  1. Nasi putih
  2. Kimchi (yg telah diperap lebih 3-6 minggu)
  3. Bawang besar
  4. Gochugaru
  5. Minyak bijan
  6. Garam



Cara-caranya: 

  1. Hiris bawang & kimchi.
  2. Tumis dengan sedikit minyak. 
  3. Masukan nasi dan gaulkan hingga mesra.
  4. Masukan serbuk cili @Gochugaru ~ gaulkan hingga mesra
  5. Pecahkan telor dan gaulkan 
  6. Masukan garam & minyak bijan ~ gaulkan  
  7. Hidangkan dengan telor mata dan bilis goreng bawang.

Jumaat, 20 November 2015

Kimchi

Atas permintaan ramai .. akak akan tunjuk cara2 buat kimchi dengan lebih details lagi....  Alhamdulillah.. sekarang nie Gochugaru mula dapat sambuatan dan order tak putus2... Terima Kasih banyak2 pada semua!! yang memberi sokongan..

Rupanya ramai jugak yang pandai buat kimchi.. siap jual lagi!! Alhamdulillah... dah ramai kalangan kita pandai berniaga.

 
Ok kita berbalik pada kimchi... nak buat kimchi nie bukannya susah!  senang dan mudah jer. Cuma perlu sabar dengan proses pemerapan.. sebab itu masyarakat korea akan buat kimchi sekali banyak..  So apa lagi.. buat banyak2 .. alang2 bole jual dan makan sekali betul tak?  

Bahan-bahan asas perlu ada tuk buat kimchi ialah... 

 

1.  Kobis cina ~ 2biji 
2.  Lobak putih ~ 1biji
3.  Daun bawang ~ 5batang
4.  Bawang holand  ~ 2biji
5.  Bawang putih ~ 1buku
6.  Halia ~ saiz ibu jari
7.  Cencaluk ~1cawan
8.  Sos ikan ~ 1 sudu kecil
9.  Garam ~ 1 cawan
10.Gula ~ 1 sudu

Cara2nya...




  1.   Kobis cina  ~ Dibersihkan, dipotong dadu, ditabur  garam dan direndam dgn air.                  *anggaran 1~4 jam terpulang..  


  2.   Lobak putih, daun bawang & bawang holand dipotong ikut saiz batang mancis

  3.   Bawang besar, bawang putih, halia, cencaluk, sos ikan ~ dikisar
  4.   Selepas 1~4 jam .. Basuh kobis bersih2 dan tapis hingga bersih.

  5.   Guna Bekas bersih... masukan :
  1. Kobis cina 
  2. Bahan2 yg dikisar 
  3. Gochugaru
  4. Gula


 6.  Gaulkan hingga mesra dan cuba rasa klu nak ....

      **   - pedas tambah gochugaru
      **   - klu kurang garam tambah sos ikan


7.   Masukan lobak , daun bawang dan bawang holand. Gaul sekali lagi.



8.   Pindahkan pada bekas yang lebih kecil.Jangan isi penuh2 hanya 2/3 bekas.  Tutup bekas rapat- rapat dan perap selama 1 hari @ 24jam.


9.   Lepas 24 jam...  simpan dlm fridge selama  6jam 





10. Barulah boleh dimakan.. 



Selamat Mencuba!!