Rabu, 30 September 2015

Ikan keli goreng cili @ Gochugaru

Tah laa ari nie tak tahu nak masak apa... ikut selera suami orang sarawak nie cukup sekadar ikan goreng dan sup...  tapi kita orang melaka tak sah makan klu tak de sambal... asam pedas ke!! Makanlah 3 pingan tak kenyang2.. rupanya tak pedas!! 
Kadang tu bila nak masak sambal leceh pulak... mana taknya nak potong cili kering buang biji, nak rendam, nak ramas, nak kisar, akhir sekali nak tumis mesti tunggu sampai pecah minyak ... erti kata lain sambal mesti betul2 masak...  klu tak .... sakit perut nanti. Kita nie bukan isteri sepenuh masa... ehh mcm tajuk drama pulak hahaha.. segala2 perlu cepat. Biasanya paling cepat beli lauk luar laaa hehehe. Habis cite.. tapi biasanya awal2 bulan sbb laki bini poket kembung lagi.. cuba masuk tengah bulan... semuanya kena jimat!!
Tetapi dengan adanya serduk cili @ Gochugaru nie... segalanya jadi lebih mudah.  Segala2 cepat n jimat!  Tak percaya jom cuba!!
Ok kita cuma recepi paling sempo n cepat.. Ikan keli Goreng cili..
Bahan2nya..
1. Ikan Keli 2 ekor
2. Bawang Besar 1 biji
3. Air limau nipis.
4. Garam n perasa
5. Gochugara 1-2 sudu
6. Minyak masak
7. Serbuk kunyit 1 sudu kecil



Cara2nya:.
1. Potong ikan keli kecil2 gaulkan sedikit garam n serbuk kunyit dan goreng hingga garing.
2. Keluarkan minyak sedikit.. tumis bawang hingga wangi.
3. Masukkan ikan keli yg digoreng tadi.
4. Taburkan serbuk cili @ gochugaru 1-2 sudu *terpulang. Dan gaulkan hingga mesra.
5. Masukkan garam n perasa dan air limau. Hidangkan.
Senangkan... !!!!

Isnin, 14 September 2015

Mee Goreng Mamak..

      Hari2 minggu macam nie.. teringin pulak nak makan Mee Goreng Mamak.. dgn taugeh bederap! Taugeh bederap!! Apa tu??  Ada sape2 yang pernah dengar Mee Goreng Mamak taugeh bederap?  
 
      Taugeh bederap! Mengingatkan akak dengan arwah nenek.. tiap kali akak nak masak mee goreng ... arwah nenek akan pesan .."taugeh bederap" Itulah rahsia dalam masakan sebenarnya.. taugeh segar!! Taugeh dimasak tidak terlampau lama dan tiap kali kita makan Ia kan keluarkan bunyi bederap2 hehehe tapi yang penting air yg keluar dari taugeh cukup segar dan juicy..
 
Jom kita masak Mee Goreng Mamak  dengan gochugaru yg penting taugeh bederap!!
 
Bahan2nya:
  1. Mee kuning ~ 1 bungkus
  2. Minyak masak ~ 3 sudu
  3. Bawang putih ~ 5 ulas
  4. Bedal / daging ~ **terpulang
  5. Gochugaru ~ 1 sudu
  6. Tomoto ~ 1 biji
  7. Tahu goreng ~ 3 - 5 biji
  8. Telor ~ 3 biji
  9. Taugeh ~ 1 mangkuk kecil
  10. Kuchai ~ 1 ikat
  11. Kicap pekat ~ 2 sudu
  12. Air ~ 1 cawan



Ok... cara memasak..
  1. Tumis bawang putih
  2. Masukkan daging / bedal
  3. Masukan serbuk cili gochugaru ** oppst pastikan api dikecilkan .
  4. Gaulkan hingga mesra.
  5. Masukan mee kuning.. ** akak biasanya bilas dgn air .. tuk kurangkan bau kapur.
  6. Gaulkan hingga mesra.
  7. Masukan kicap pekat, tomato dan tahu goreng .. gaulkan dan sedikit air.
  8. Masukkan telor.** tunggu telor masak baru gaulkan
  9. Masukan sedikit garam n perasa.
  10. Last taugeh n daun kuchai.. tutup api.
Gaulkan hingga mesra.. dan hidang...